Sambutan Hari Raya SKTP  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Pada 9 Oktober 2009, SK Tanah Puteh telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar,guru-guru dan kakitangan.



dimulai dengan bacaan yassin...




Guru besar dan GPK Kokurikulum

Guru-guru membuat persiapan untuk jamuan makan...



banyaknya kuih raya..mari2 makan kuih raya...




barisan penggerak sk tanah puteh...


keriangan pelajar ketika sambutan....



guru-guru SKTP



pelajar tahun 6 membuat persembahan


nyanyi jangan tak nyanyi...hihi



jamuan makan....


peace!!!


saat menjamu selera...


melaram sakan pelajar2 nih...comel ajer..


nyum2...


nak ape lagi?? sila2..jangan segan...


selamat menjamu selera


cikgu norhayati & cikgu ruhaiza


suap menyuap....


Pelajar yg memenangi pertandingan pakaian tercantik tahap 1..

MINGGU MEMBACA SKTP 2009  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.


Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain.

Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.

CARTA ORGANISASI SKTP  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN




VISI  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Merealisasikan
Kecemerlangan pendidikan
Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Pekan
pada 2010 bagi melahirkan pelajar cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum,
sahsiah dan sosial berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI SEKOLAH  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Perancangan pendidikan SK Tanah Puteh Pekan betujuan untuk :

1 ) Capai peningkatan 5 % setiap tahun dalam semua peperiksaan
2 ) Melahirkan pelajar celik teknologi, perhubungan dan informasi ( ICT )
3 ) Melahirkan pelajar yang cerdas, cergas dan bertaqwa
4 ) Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
5 ) Mewujudkan budaya dan suasana persekolahan yang memberangsangkan murid, guru dan ibu bapa..

harapan wawasan  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Teguh berdiri SKTP
Harapan anak oh wawasan
Menuju cita-cita murni
Lahirkan insan yang beriman
Inilah ikrar janji kami
Putra-putri ibu pertiwi
Penuhi ilmu menabur bakti
Hasrat yang disanjung tinggi
SKTP oh SKTP
Majulah maju ke hadapan
Megah gemilang SKTP
harum namamu selamanya