Tahniah kepada pemenang pertandingan blog  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


TAHNIAH KEPADA :
DANIA ELLYSA EZWIN BT FZULKIFLI ( 6 PINTAR )
DAN
NOR AINA FARHANA BT NAJIB (4 PINTAR)

SKTP ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya memenangi pertandingan blog peringkat daerah Pekan. Tahniah juga kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan ini.Pihak sekolah sangat berbangga atas daya usaha pelajar dalam meningkatkan kemahiran juga pengetahuan berkaitan ICT. Diharapkan semua pelajar SKTP mempunyai daya insentif seperti ini dan seterusnya berusaha dalam menceburkan diri mempelajari ilmu berkenaan ICT ini.Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya.

PROGRAM REHAT MINDA  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Pada 6 Ogos sehingga 7 Ogos yang lalu, SKTP telah menganjurkan program rehat minda untuk pelajar tahun 6.Program ini bertujuan untuk merehatkan minda pelajar-pelajar setelah bertungkus lumus menghadapi peperiksaan percubaan yang lepas.Program ini telah melibatkan semua guru-guru dan kakitangan SKTP.Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar,guru dan kakitangan SKTP itu sendiri.

Program ini dimulakan dengan tazkirah dan tayangan video yang diuruskan oleh Ustaz Faitullah. Ini bertujuan untuk memeberikan santapan rohani kepada pelajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Kemudian disusuli oleh solat hajat berjemaah bersama pelajar dan guru-guru.

Pada sebelah malamnya pula, terdapat aktiviti bersama pelajar dan guru iaitu berkaraoke dan BBQ. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka pada keesokkannya. Program ini berakhir pada kira-kira jam 1 petang dan ia telah mencapai motif utama program ini iaitu merehatkan minda dan merapatkan silaturahim antara sesama pelajar, guru dan kakitangan.