::Temasya Sukan SKTP 2010::  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN




Sukan SKTP berlangsung pada 27 Jun 2010 di padang sekolah. Acara berlangsung bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang. Acara di mulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan, disusuli dengan persembahan dari pelajar pra sekolah iaitu senaman earobik " cheeky dance". Seterusnye disusuli dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan.

Walaupun keadaan padang yang tidak begitu baik, namun kejohanan sukan SKTP tetap berlangsung dengan meriah sekali. Rumah merah telah menggungguli kejohanan temasya sukan pada tahun ini apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Rumah kuning pula mendapat tempat kedua, diikuti dengan rumah biru dan seterusnya rumah hijau. Bagi kategori rumah sukan tercantik pula di menangi oleh rumah biru dan perbarisan terbaik turut dimenangi oleh rumah biru.

Sepanjang temasya sukan diadakan, pihak kelab guru telah membuat jualan sekaligus mencapai kutipan yang memberangsangkan pada hari tersebut. Sambutan yang amat menggalakkan dari murid-murid dan ibu bapa yang hadir turut menyumbang kepada jayanya jualan tersebut.

Temasya sukan dimeriahkan lagi dengan acara tambahan yang diadakan khas untuk para jemputan yang hadir. Antara acara yang dipertandingkan ialah tarik tali, lari ikat kaki berpasangan, cari gula-gula dalam tepung,lari dalam guni dan sebagainya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Olahragawan disandang oleh adik Amirul bin Basaluddin dan olahragawati pula disandang oleh adik Dania Ellysa Ezwin bt Fzulkifli.


Acara perasmian Temasya Sukan SKTP



Perbarisan oleh ahli rumah sukan




Antara acara sukan yang dipertandingkan...







Penyampaian Hadiah...

Olahragawan SKTP 2010
Amirul Afwan bin Basaluddin


Olahragawati SKTP 2010
Dania Ellysa Ezwin bt F.Zulkifli




Temasya Sukan SKTP