CIKGU2 SKTP TUNJUK BAKAT MENJUAL  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN











hehe..tgk tajuk je pasti tertarik kan..ni salah satu program kat sekolah ..program" HARI KANTIN SKTP"...sbb nih la cikgu2 sudah bukak kedai makan..hahaha...kelam kabut n haru biru jap sekolah kami...macam2 ado wooo..best la..seronok...tetiba lak kena menjual kat bebudak kan..hahaha..lawak pun ada..
ni curi dialog teacher akma" mee banyak mana nak letak nih??" errr..cian kat budak2 lak nanti..isi la byk skit..."
hahahha..murah ati tul cikgu2 nih kan...comfirm!!! tutup kedai pas tuh..sbb x balik modal...hahhaa..tapi yg pnting program kita jayakan berjalan lancar..sampai sold out sme gerai...siap kne topup makanan lagi..habis la pas ni tender kantin SKTP bungkus..sebab cikgu2 dah replace tempat..kikiki..what ever is..have funnnnnnn..seronok sangat!!Tahniah kepada penyelaras KGKT Pn silawati dan seluruh ahli kelab..

HARI KANTIN SEKOLAH  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


Pada 26 Oktober 2010, KGKT SKTP telah menganjurkan hari kantin sekolah. Program ini juga termasuk dalam salah satu program Tahun 6 sebagai aktiviti mereka selepas UPSR. Program ini telah melibatkan semua guru dan kakitangan menjual makanan dan minuman pada waktu rehat. Segala makanan dan minuman disediakan sepenuhnya oleh para guru2 dan kakitangan yang terlibat.Para pelajar pula dikhehendaki membeli makanan dan minuman yang hanya di jual oleh KGKT sahaja.Para pelajar juga dikhehendaki membeli kupon sebagai tukaran untuk membeli makanan dan minuman mereka pada hari berkenaan.Program ini juga turut dijayakan oleh pelajar tahun 6.Terima kasih penghargaan kepada para guru dan pelajar yang menjayakan program ini.

-picture will update later-