SECORET KENANGAN BERSAMA TAHUN 6 2010  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Tahniah  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar SKTP yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR....


-AHMAD FAUZAN BIN ABU TALIB-


-MOHD ANUAR BIN ZULKIFLI-



-MOHD AZWAR BIN AZHAR-


-MOHD NAQIB BIN ROSLAN-


-MOHD AIZUDDIN HILMY BIN HAFIZUL-


-MOHD SHAHIRAN BIN AHMAD SAHAR-

-HILYATUL HUDA BT ABU BAKAR-


-DANIA ELLYSA EZWIN BT FZULKIFLI-



Semoga terus berjaya di masa akan datang....
Ribuan terima kasih juga kepada guru-guru tahun 6 yang bertungkus lumus untuk kejayaan UPSR 2010.

PENGESAHAN TAHUN SATU 2011  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

PENGESAHAN MURID-MURID MEMASUKI DARJAH SATU
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN SATU 2011


i) Kanak-kanak yang lahir pada
02.01.2004 hingga 01.01.2005


Yang telah mendaftar untuk memasuki darjah satu pada tahun 2011
Adalah dikhehendaki membuat pengesahan pendaftarannya.


Pengesahan boleh dibuat pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 02.08.2010 hingga 27.08.2010
Hari : Hari-hari persekolahan
Masa : Waktu pejabat sekolah bekenaan

  • Sila bawa bersama tuan/puan perkara-perkara berikut semasa membuat pengesahan :-

- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan ( Sijil asal)
- Borang permohonan penempatan

PERMOHONAN PERSEKOLAHAN SKTP 2011  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 DAN 2012

i) Kanak - kanak yang lahir pada
02.01.2004 hingga 01.01.2005 bagi tahun PERSEKOLAHAN 2011


ii) Kanak-kanak yang lahir pada
02.01.2005 hingga 01.01.2006 bagi tahun PERSEKOLAHAN 2012



Perhatian kepada semua penjaga


Kanak-kanak yang dilahirkan pada tarikh-tarikh tersebut di atas bolehlah mendaftarkan anak-anak tuan/puan ke sekolah terdekat pada ketetapan berikut :-


Tarikh : 15 Mac hingga 15 APRIL 2010
Hari : Hari-hari bekerja
Masa : Waktu pejabat sekolah bekenaan

  • Sila bawa bersama tuan/puan perkara-perkara berikut semasa membuat pendaftaran :-
-Sijil lahir kanak-kanak berkenaan ( Sijil asal dan fotostat)

- Bukti alamat tempat tinggal ( Bil lektrik / Bil Api)

- Kad pengenalan ibubapa/penjaga ( Photostat)

CIKGU2 SKTP TUNJUK BAKAT MENJUAL  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN











hehe..tgk tajuk je pasti tertarik kan..ni salah satu program kat sekolah ..program" HARI KANTIN SKTP"...sbb nih la cikgu2 sudah bukak kedai makan..hahaha...kelam kabut n haru biru jap sekolah kami...macam2 ado wooo..best la..seronok...tetiba lak kena menjual kat bebudak kan..hahaha..lawak pun ada..
ni curi dialog teacher akma" mee banyak mana nak letak nih??" errr..cian kat budak2 lak nanti..isi la byk skit..."
hahahha..murah ati tul cikgu2 nih kan...comfirm!!! tutup kedai pas tuh..sbb x balik modal...hahhaa..tapi yg pnting program kita jayakan berjalan lancar..sampai sold out sme gerai...siap kne topup makanan lagi..habis la pas ni tender kantin SKTP bungkus..sebab cikgu2 dah replace tempat..kikiki..what ever is..have funnnnnnn..seronok sangat!!Tahniah kepada penyelaras KGKT Pn silawati dan seluruh ahli kelab..

HARI KANTIN SEKOLAH  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


Pada 26 Oktober 2010, KGKT SKTP telah menganjurkan hari kantin sekolah. Program ini juga termasuk dalam salah satu program Tahun 6 sebagai aktiviti mereka selepas UPSR. Program ini telah melibatkan semua guru dan kakitangan menjual makanan dan minuman pada waktu rehat. Segala makanan dan minuman disediakan sepenuhnya oleh para guru2 dan kakitangan yang terlibat.Para pelajar pula dikhehendaki membeli makanan dan minuman yang hanya di jual oleh KGKT sahaja.Para pelajar juga dikhehendaki membeli kupon sebagai tukaran untuk membeli makanan dan minuman mereka pada hari berkenaan.Program ini juga turut dijayakan oleh pelajar tahun 6.Terima kasih penghargaan kepada para guru dan pelajar yang menjayakan program ini.

-picture will update later-

SELAMAT HARI RAYA  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


Adat jauh beri berita,
Adat dekat saling menasihati,
Andai bicara tersilap kata,
Maaf dipinta sepenuh hati.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR BATIN..
DARIPADA : WARGA SK TANAH PUTEH...

Tahniah kepada pemenang pertandingan blog  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN


TAHNIAH KEPADA :
DANIA ELLYSA EZWIN BT FZULKIFLI ( 6 PINTAR )
DAN
NOR AINA FARHANA BT NAJIB (4 PINTAR)

SKTP ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya memenangi pertandingan blog peringkat daerah Pekan. Tahniah juga kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan ini.Pihak sekolah sangat berbangga atas daya usaha pelajar dalam meningkatkan kemahiran juga pengetahuan berkaitan ICT. Diharapkan semua pelajar SKTP mempunyai daya insentif seperti ini dan seterusnya berusaha dalam menceburkan diri mempelajari ilmu berkenaan ICT ini.Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya.

PROGRAM REHAT MINDA  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Pada 6 Ogos sehingga 7 Ogos yang lalu, SKTP telah menganjurkan program rehat minda untuk pelajar tahun 6.Program ini bertujuan untuk merehatkan minda pelajar-pelajar setelah bertungkus lumus menghadapi peperiksaan percubaan yang lepas.Program ini telah melibatkan semua guru-guru dan kakitangan SKTP.Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar,guru dan kakitangan SKTP itu sendiri.

Program ini dimulakan dengan tazkirah dan tayangan video yang diuruskan oleh Ustaz Faitullah. Ini bertujuan untuk memeberikan santapan rohani kepada pelajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Kemudian disusuli oleh solat hajat berjemaah bersama pelajar dan guru-guru.

Pada sebelah malamnya pula, terdapat aktiviti bersama pelajar dan guru iaitu berkaraoke dan BBQ. Program ini diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka pada keesokkannya. Program ini berakhir pada kira-kira jam 1 petang dan ia telah mencapai motif utama program ini iaitu merehatkan minda dan merapatkan silaturahim antara sesama pelajar, guru dan kakitangan.

Zoom A  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

PROGRAM PEMBELAJARAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET ZOOM A
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTEH

Tuan PPD memberi ucapan perasmian



sesi program zoom A sedang berlangsung


para pelajar menjawab soalan Zoom A

Guru memantau pelajar2 Zoom A







peserta Zoom A SKTP yang memenangi hadiah kerana mendapat markah tertinggi dalam program ini



Antara guru pengiring yang terlibat dalam program ini..

Pn Silawati..Cik Nurmalazaima..Pn Ruhaiza..Pn Sabarina..Cik Yushasliza

::Temasya Sukan SKTP 2010::  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN




Sukan SKTP berlangsung pada 27 Jun 2010 di padang sekolah. Acara berlangsung bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang. Acara di mulakan dengan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan, disusuli dengan persembahan dari pelajar pra sekolah iaitu senaman earobik " cheeky dance". Seterusnye disusuli dengan acara-acara sukan yang dipertandingkan.

Walaupun keadaan padang yang tidak begitu baik, namun kejohanan sukan SKTP tetap berlangsung dengan meriah sekali. Rumah merah telah menggungguli kejohanan temasya sukan pada tahun ini apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Rumah kuning pula mendapat tempat kedua, diikuti dengan rumah biru dan seterusnya rumah hijau. Bagi kategori rumah sukan tercantik pula di menangi oleh rumah biru dan perbarisan terbaik turut dimenangi oleh rumah biru.

Sepanjang temasya sukan diadakan, pihak kelab guru telah membuat jualan sekaligus mencapai kutipan yang memberangsangkan pada hari tersebut. Sambutan yang amat menggalakkan dari murid-murid dan ibu bapa yang hadir turut menyumbang kepada jayanya jualan tersebut.

Temasya sukan dimeriahkan lagi dengan acara tambahan yang diadakan khas untuk para jemputan yang hadir. Antara acara yang dipertandingkan ialah tarik tali, lari ikat kaki berpasangan, cari gula-gula dalam tepung,lari dalam guni dan sebagainya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Olahragawan disandang oleh adik Amirul bin Basaluddin dan olahragawati pula disandang oleh adik Dania Ellysa Ezwin bt Fzulkifli.


Acara perasmian Temasya Sukan SKTP



Perbarisan oleh ahli rumah sukan




Antara acara sukan yang dipertandingkan...







Penyampaian Hadiah...

Olahragawan SKTP 2010
Amirul Afwan bin Basaluddin


Olahragawati SKTP 2010
Dania Ellysa Ezwin bt F.Zulkifli




Temasya Sukan SKTP


Gotong Royong Perdana  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Pada 15 Mei 2010, SKTP turut meyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan gotong royong perdana dengan melibatkan semua guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan murid-murid. Antara aktiviti yang terlibat adalah membuat pondok sepak takraw, melukis mural, menanam pokok bunga dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti ini telah menyumbang kepada keceriaan sekolah. Selain daripada itu, program ini telah mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru,kakitangan,guru dan pelajar.

Terima kasih untuk semua warga SKTP,ibu bapa dan pelajar yang memberi kerjasama dengan baik dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.

Bersama memajukan serta menceriakan sekolah kita demi keselesaan dan kesejahteraan semua warga SKTP..

Perkhemahan PKRS  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Perkhemahan PKRS di Tanjung Kosong





Proses memasang Khemah