Gotong Royong Perdana  

Posted by SK TANAH PUTEH PEKAN

Pada 15 Mei 2010, SKTP turut meyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan gotong royong perdana dengan melibatkan semua guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan murid-murid. Antara aktiviti yang terlibat adalah membuat pondok sepak takraw, melukis mural, menanam pokok bunga dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti ini telah menyumbang kepada keceriaan sekolah. Selain daripada itu, program ini telah mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru,kakitangan,guru dan pelajar.

Terima kasih untuk semua warga SKTP,ibu bapa dan pelajar yang memberi kerjasama dengan baik dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada tahun akan datang.

Bersama memajukan serta menceriakan sekolah kita demi keselesaan dan kesejahteraan semua warga SKTP..

This entry was posted on 17.5.10 at 9:09 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment